NOTIS PANGGILAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN YAYASAN PENCEGAHAN JENAYAH MALAYSIA (MCPF) KALI KE-25

 

Tarikh:  14hb. Februari 2018

NOTIS PANGGILAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN YAYASAN PENCEGAHAN JENAYAH MALAYSIA (MCPF) KALI KE-25

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan MCPF Kali Ke-25 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

 

      Tarikh          :     10hb. Mac 2018 ( Sabtu )

       Masa          :     10.00 pagi

      Tempat        :     Dewan Sultan Haji Ahmad Shah

                                 Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur

                                 43200 Cheras, Selangor.

 

2.     Mesyuarat akan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi,Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri merangkap Pengerusi MCPF.

3.     Sehubungan dengan itu, YBhg.Tan Sri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan sebagai Ahli MCPF dijemput hadir ke mesyuarat tersebut. Adalah dimaklumkan, kehadiran Mesyuarat Agung MCPF tertakluk kepada ahli yang telah didaftarkan sahaja mengikut Artikel 15(a) Perlembagaan MCPF. Sila bawa notis ini pada hari mesyuarat bagi memudahkan proses urusan masuk dan pendaftaran.

4.     Jika terdapat resolusi atau isu yang hendak dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung Kali Ke-25 ini,sila kemukakan secara bertulis kepada Sekretariat MCPF melalui email support@mcpf.org.my sebelum atau pada 1hb. Mac 2018.

5.     Semoga dengan kehadiran dan kerjasama YBhg. Tan Sri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan akan menjayakan mesyuarat pada kali ini.

 

Sekian, terima kasih.

 

DENGAN PERINTAH MAJLIS EKSEKUTIF,

(DATO’ DR. MUSTAFA KHAN BIN ABDUL SAMAT) SAC

Setiausaha Kehormat

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF)

 

Notis AGM : //storage.unitedwebnetwork.com/files/201/b3761ec79401a054ccb66ba96357b3d6.pdf

 

Paper Cutting

  • Paper Cuttings 7
  • Paper Cuttings 6
  • Paper Cuttings 5
  • Paper Cuttings 4