SEMINAR MEMERANGI KEGANASAN RUMAH TANGGA 2023

Tarikh: 13 September 2023 (Rabu)
Masa: 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari
Tempat: Kompleks Karangkraf, Shah Alam, Selangor
Anjuran: PDRM Kontinjen Selangor

Seminar Keganasan Rumahtangga 2023 anjuran Polis Kontinjen Selangor telah dilaksanakan dengan jayanya pada 13 September 2023 (Rabu) bertempat di Kompleks Karangkraf, Shah Alam, Selangor. Majlis perasmian program disempurnakan oleh YDH CP Datuk Hussein Omar Khan, Ketua Polis Selangor.

Tujuan seminar ini ialah untuk menyampaikan maklumat berkaitan keganasan rumahtangga dan saluran bantuan khidmat sokongan yang boleh diperolehi oleh mangsa keganasan rumahtangga. Seramai 300 orang peserta terdiri daripada wakil dari jabatan kerajaan, NGO, swasta serta ketua-ketua komuniti dari seluruh negeri Selangor telah mengambil bahagian dalam program ini.

YDH Ketua Polis Selangor dalam ucapan perasmian memaklumkan bahawa berdasarkan rekod PDRM, mangsa keganasan rumah tangga ini tidak hanya melibatkan isteri atau anak, malah para suami juga turut ada yang menjadi mangsa penderaan. Menurut beliau lagi, antara kes yang dilaporkan termasuklah kecederaan selepas pertengkaran selain penderaan mental serta emosi.

MCPF, melalui Jawatankuasa Perhubungan Negeri MCPF Selangor turut mengambil bahagian dalam seminar ini dan membuka kaunter pameran bagi menyebarkan maklumat berkaitan pencegahan jenayah kepada para peserta.