Mesyuarat Agung Tahunan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Kali Ke-23

Tarikh: 25hb. Februari 2016

JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN YAYASAN PENCEGAHAN JENAYAH MALAYSIA (MCPF) KALI KE - 23
  1. Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan MCPF Kali Ke - 23 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

               Tarikh : 26hb. Mac 2016 ( Sabtu )
               Masa: 12.00 tengahari
               Tempat: Dewan Sultan Ahmad Shah,
                              Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur,
                              43200 Cheras,
                              Kuala Lumpur.

  1. Mesyuarat akan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MCPF.

  1. Sehubungan dengan itu, YBhg. Tan Sri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan sebagai Ahli MCPF dijemput hadir ke mesyuarat tersebut. Adalah dimaklumkan, kehadiran Mesyuarat Agung MCPF tertakluk kepada ahli yang telah didaftarkan sahaja mengikut Artikel 15(a) Perlembagaan MCPF.

  1.  Jika terdapat resolusi atau isu yang hendak dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung Kali Ke-23, sila kemukakan secara bertulis kepada Sekretariat MCPF melalui email support@mcpf.org.my sebelum atau pada 11hb. Mac 2016.

  1. Semoga kehadiran dan kerjasama YBhg. Tan Sri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan akan menjayakan mesyuarat pada kali ini.

 

Sekian, terima kasih.
DENGAN PERINTAH MAJLIS EKSEKUTIF,
( HAJJAH FATIMAH BTE. ABD HAMID ) SAC
Setiausaha Kehormat
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF)

 

EVENT DATE:
Saturday, March 26, 2016 - 12:07